BAHAN2NYE...
80g putih telur - suhu bilik anggaran 2 biji jika gred A
65g gula castor
80g serbuk almond
140g gula icing
pewarna (pewarna guna yg serbuk lebih mudah)
LANGKAH2.....
Sebelum kita mula. kita sediakan dulang pembakar terlebih dahulu. Alas dulang pembakar dgn baking paper. Ambil duit syiling 20 sen (lama) dan lukis atas baking paper dan jarakkan setiap satu sebanyak 3 cm. Terbalikkan kertas dan letak atas tray atau dulang pembakar. Ketepikan.
2nd step: Pukul putih telur hingga kembang seperti (merang) dgn menggunakan mixer dan berkelajuan max. Kemudian masukkan gula castor sedikit demi sedikit sambil terus memutar sehingga adunan kental, ringan dan gebu dan sedikit berkilat. Kalau kita terbalikkan mangkuk tu adunan putih telur tu tak jatuh. Tapi jangan terlebih pukul!
3rd step: Masukkan 1/4 daripada serbuk almond yg dah bercampur gula icing tadi ke dalam putih telur. Sebatikan hingga rata dgn menggunakan spatula. Setelah rata masukkan semua baki serbuk almond sedikit demi sedikit dan gaulkan adunan bergaul sempurna.
4th step: Bahagikan adunan kepada dua dan campurkan dngn pewarna (ikut suke ati).
5th step: Masukkan adunan tadi kedalam beg plastik atau piping beg.
6th step: Kemudian picitkan atas bulatan yg telah kita buat atas kertas minyak tadi. Siapkan sampai habis.
Ambik toothpick , pecahkan mana-mana gelembung udara yg terbentuk di permukaan macarons ini untuk mengelakkan permukaan macarons jd berlubang bila dibakar.
Rehatkan macrons lebih kurang 30 - 45 mint. Pastikan macaron benar2 kering iaitu bila kita sentuh permukaan macarons ia tak melekat dekat tangan.
Panaskan oven 150C Oven jangan panas sangat kerana nanti macarons pecah atau retak.
Letakkan tray di bahagian tengah dlm oven. Bakar selama 15 - 20 minit.
Letakkan tray di bahagian tengah dlm oven. Bakar selama 15 - 20 minit.
Setelah masak, letakkan macrons bersama baking paper atas rack dan biarkan ia sejuk. Senangkan!
FYI!!!
diluar negara macarons dijual dengan harga RM98 untuk 6 pcs, di Malaysia pula anda akan mendapati macarons dengan harga RM20 ke atas untuk 6 pcs, tetapi kami menawarkan anda macarons dengan harga kurang dari RM20 untuk 6 pcs.
Ini adalah antara inovasi citarasa yang boleh dilakukan menggunakan macarons






No comments:
Post a Comment